saya telah mendapat inspirasi daripada blog-blog rakan-rakanku untuk 'berblog' dalam bahasa yang lain. ada yang blog dalam bahasa cina, dan ada juga dalam Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita. oleh itu, saya ikut je. seronok ya? maafkan saya jika BM saya tak bagus kerana telah lama tidak menulis karangan seperti semasa di sekolah.
hujung minggu yang lalu, banyak perkara telah berlaku. ada beberapa majlis harijadi untuk rakan-rakan yang saya sangat sayangi, 'fun fair' yang tidak berapa 'fun', latihan untuk krismas, aktiviti istimewa di gereja kerana ada band dari perth. tidak lupa juga 'super' ahad ya. sangat letih la untuk berkejar ke sana-sini. satu aktiviti diikuti dengan satu aktiviti yang lain. ( gambar-gambar akan saya 'post' nanti kerana saya malas sekarang )
berbeza daripada kebanyakan orang, saya lega kerana hujung minggu telah sampai ke penghugung dan minggu yang baru akan bermula. bolehlah saya relak dan tidur puas-puas. haha. (saya ketawa sama saja dalam bahasa melayu, tidak perlu translasi lah ya) saya ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada melissa, joanne, dan mary-ann. banyak kucupan dan banyak pelukan untuk anda semua! sayang anda semua sangat! hahah.
saya juga ketawa semasa berblog dalam BM. semua yang saya tuliskan di sini, bunyinya agak melucukan ya? kamu setuju tak? tapi seronok juga! saya rasa, A yang saya dapat untuk SPM telah disia-siakan. maafkan saya mak dan ayah. saya akan lebih berusaha lagi. *ketawa yang amat sangat*
saya telah menghabis banyak sel-sel otakku untuk blog dalam BM. oleh itu, saya mestilah tidur untuk mencaskan balik sel-selku. begitu juga dengan rakanku, pris, kerana dia ada menolong dalam beberapa perkataan. semoga otaknya akan lebih cergas dengan latihanku. HAHAH. selamat malam ya dan mimpi manis semua!! :p